Wednesday, December 4, 2013

Resdong & Testimoni

RESDONG & TESTIMONI


Testimoni #1

En. Farhan Berjaya Mengubati RESDONG
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 4/12/2013 (HP:013-6290666)


Salam Sejahtera Semua..

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman menarik dari seorang pengguna Kapsul Buah Kulim. Beliau telah menggunakan produk ini hampir 1 bulan dan mendapat hasil yang amat memuaskan.

En. Farhan, dari Teluk Intan, Perak telah mengalami penyakit resdong telah sekian lama. Pelbagai ubat telah dicuba dan penyakit itu seakan tidak mahu hilang. Setiap pagi beliau akan bersin dan merasa seolah-olah akan selesema. Apabila matahari mula naik, gatal di wajah akan mula hilang. Namun kadang-kadang beliau merasa gatal-gatal juga, seperti ada semut merayap di dalam kulit muka. Ini mengganggu kerja seharian beliau.

Pada sebelah malam, terutama apabila cuaca agak sejuk, bersin datang semula. Kulit muka menjadi tidak cantik, seolah-olah ada benda yang memakan kulit muka dari dalam. Pelbagai ubatan telah dicuba. Namun, beliau masih tidak berpuas hati kerana, apabila ubat habis, penyakit resdong itu seakan-akan menyerang beliau kembali. Bukan kerana ubat yang beliau guna sebelum ini tidak bagus. Mungkin tiada keserasian untuk beliau.

Apa yang beliau buat??? Ya, beliau mencuba Kapsul Buah Kulim. Dengan hanya 2 botol (90 capsule x 2 BOTOL = 180 CAPSULES) sahaja, perubahan ketara telah berlaku.

Oleh kerana penyakit beliau agak teruk, maka penggunaan Kapsul Buah Kulim juga agak lebih dari biasa. Selalunya, orang lain hanya memakan 1 capsule pada sebelah pagi dan 1 capsule lagi pada sebelah malam. Namun, beliau menggunakan 2 capsule sebelah pagi dan 2 capsule lagi pada sebelah malam.


Cara Beliau Menggunakan Kapsul Buah Kulim.

Makan Capule : 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam. Jumlah : 4 capsule.

Setiap malam pula, beliau sapukan air Kapsul Buah Kulim pada wajah sebelum tidur.



Beliau menggunakan hanya separuh capsule sahaja setiap malam,
untuk dicairkan dan disapukan pada wajah sebelum tidur.
Buka capsule dan letakkan ramuan Kapsul Buah Kulim di tapak tangan.
Untuk permulaan, guna separuh sahaja dulu.
Letakkan sedikit air suam dan kacau dengan jari supaya ia menjadi
seperti bedak sejuk.
Gunakan jari anda untuk menyapukan air Kapsul Buah Kulim
ke seluruh wajah.
Ratakan ke bahagian yang agak teruk terlebih dahulu diikuti dengan
bahagian wajah yang lain. Awas!!!! Anda akan merasa pedih sedikit,
oleh itu, kawal sendiri penggunaan pada wajah mengikut kemampuan
anda menahan pedih.
Setelah 3 minggu menggunakan Kapsul Buah Kulim, beliau merasakan
perubahan ketara telah berlaku pada wajah. Gatal sudah berkurangan dan
kulit wajah mulai cantik dan licin. Kini beliau meneruskan penggunaan
Kapsul Buah Kulim ini dan akan menghabiskan 2 botol capsule (180 biji)
yang telah di beli. 




Testimoni #2

"Untuk RESDONG, OK Kak Long Rasa"
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 16/12/2014 (HP:013-6290666)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya, dah lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Kesibukan yang teramat sangat membuatkan saya hampir tiada masa. Masuk hutan keluar hutan untuk mencari bahan mentah untuk produk ini membuatkan saya agak terbatas untuk update blog.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu testimoni pengguna kapsul buah kulim.

Sebelum ini memang ada pesakit resdung yang baik setelah mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini. Tetapi saya tidak dapat berkongsi dengan anda kerana mereka hanya menyatakan melalui lisan sahaja. Kali ini, barulah saya mendapat testimoni secara bertulis dari pengguna terbabit.

Nur Ain adalah kenalan saya yang pernah membeli 4 botol kapsul tersebut untuk kegunaan ibunya yang mengidap kencing manis. Juga untuk kawannya yang berpenyakit darah tinggi.

Beliau juga telah memberikan kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Kak Long.

Screenshot dari handphone Nur Ain ini adalah perbualan antara Nur Ain dan Kak Long. Nur Ain telah send picture kepada saya dan saya kongsikan dengan anda.

Saya paparkan screenshot tersebut:


Kak Long : "Semput (asma) ibu Kak Long bertambah baik setelah memakan kapsul buah kulim"


Kak Long : "Ibu makan sekali terus ok"
Kak Long : "Resdung Kak Long OK setelah makan separuh botol"
Nur Ain : "Luka mak boleh kering"


Semoga ibu Kak Long dan ibu Nur Ain bertambah baik.

Ini antara screenshot yang saya terima dari Nur Ain. Syukur Alhamdulillah.

Pelbagai feedback yang saya terima dari pengguna kapsul buah kulim ini. Lain orang lain feedbacknya. Keberkesanan kapsul buah kulim ini juga bergantung kepada keserasian penggunanya.

Namun, jika diamalkan secara teratur dan berterusan, saya percaya ia akan memberikan hasil yang baik. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya bersama dengan pesakit yang telah menggunakan kapsul ini.

Sekian, terima kasih.

Nukilan NASIR YUSOF, SHAH ALAM, SELANGOR.
(013-6290666)




Testimoni #3

"Untuk RESDONG, OK Kak Long Rasa"
Text by Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor 4/2/2015 (HP:013-6290666)

Assalamualikum..

Suka saya ingin kongsikan satu testimoni terbaru berkenaan dengan RESDUNG.

Saya terima testimoni ini dari seorang pengguna yang saya kira baik hati kerana bukan senang untuk mereka dengan rela hati berkongsi testimoni dengan saya kerana dikhuatiri masalah kesihatan mereka akan diketahui ramai. Bagi saya, berkongsi testimoni adalah satu perkara yang baik kerana secara tidak langsung, perbuatan mereka itu adalah juga sebagai satu jalan dan cara dimana masalah kesihatan yang sama dialami oleh mereka dapat diselesaikan.

Saya memilih untuk menyambung posting ini dengan mengutarakan testimoni ini disini kerana ia merupakan masalah kesihatan yang sama iaitu RESDUNG.

Tetsimoni ini datangnya dari Puan Su (Kuala Lumpur). Beliau membeli 3 botol pada 22 January 2015, walaupun ia hanya untuk percubaan sahaja. Pada 28 January 2015, beliau memesan lagi 6 botol dan saya mengirimkan pada beliau pada hari yang sama. Pada 29 January 2015 beliau menerima pesanan kali kedua itu. Terima kasih saya ucapkan.

Pada 3 February 2015, iaitu setelah 12 hari dari tarikh beliau membuat pesanan kali pertama, saya dihubungi oleh beliau melalui wassapp. Berikut adalah petikan ringkas perbualan saya dengan beliau melalui wasapp.



Screenshot wassapp antara saya dengan Puan Su.

Pada 3 February 2015, beliau memberitahu bahawa kapsul buah kulim itu telah berjaya membantu mengurangkan gejala resdung yang dialami oleh beliau. Syukur Alhamdulillah.

Ramai lagi pengguna kapsul buah kulim yang telah berjaya menangani masalah RESDUNG ini. Namun, atas kesibukan yang saya hadapi saban hari, ia membataskan saya untuk berkongsi dengan anda.

Bagi saya, untuk mengatasi masalah resdung ini, pelbagai jenis rawatan sememangnya telah ada di Malaysia ini. Anda boleh mencuba pelbagai jenis rawatan, ada yang mahal dan ada yang murah.

Bagi anda yang ingin mencuba kapsul buah kulim ini dalam merawat RESDUNG, anda boleh menghubungi saya melalui talian 013-6290666 (Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor).

Sebelum saya mengakhiri coretan ini, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Su dari Kuala Lumpur yang telah sudi berkongsi testimoni beliau setelah beliau mengambil kapsul buah kulim ini sebagai jalan alternative bagi mengatasi masalah RESDUNG yang beliau alami.

Saya doakan agar penyakit resdung Puan Su beransur baik. InsyaAllah.

10.49 pm, 4.2.2015.



Testimoni #4
"Resdong Isteri Semakin Baik, Badan Saya Bertambah Cergas" - En. Wan, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Testimoni kali ini datangnya dari Seksyen 19, Shah Alam. Ia hanya bersebelahan dengan Seksyen 20, iaitu tempat dimana saya tinggal.

Saya mengenali En. Wan ini agak sudah lama. Beliau berniaga buah-buahan di pasar-pasar malam dan juga setiap pagi di hadapan Kedai Pasar Segar di Seksyen 19. Pasar Basah itu sering saya kunjungi dan sering juga membeli buah-buahan dari En. Wan yang berniaga di hadapan Pasar Basah tersebut.

Saya sering juga duduk 'melepak' sambil berbual kosong dengan beliau di bawah pokok, tempat dimana beliau meletakkan buah-buahan untuk diperniagakan. Selain saya, ada juga pakcik-pakcik yang sudah pencen berehat dan duduk berbual bersama kami.

Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai penyakit. Antaranya kencing manis, darah tinggi, gout dan ramai yang mengadu kebas-kebas ketika sedang solat. Saya ada menceritakan tentang kapsul buah kulim ini kepada mereka. Namun, tiada seorang pun yang berminat untuk mencuba dan saya anggap itu perkara biasa.

Saya menceritakan kepada mereka bahawa kapsul buah kulim ini hanyalah petua lama. Saya tidak menjamin 100% keberkesanannya. Bila saya tidak menjamin keberkesanannya, maka kebanyakan mereka tidak berminat untuk mencubanya.

Bagi saya, ubat-ubatan yang mahal sekalipun, jika tidak serasi dengan penggunanya, ubat mahal itu juga tidak akan dapat mengelokkan sakit yang dialami.

BUAH KULIM ini telah lama digunakan oleh orang terdahulu. Ia dipercayai mampu membersihkan darah dari segala toksin. Ia juga mampu untuk mencairkan darah dan membuang kolesterol. Apabila aliran darah sudah baik, segala kotoran dalam darah juga telah berkurangan, hasilnya badan kita akan sedikit demi sedikit akan berjaya mengurangkan penyakit yang dialami.

Berikutan itu, En. Wan hanya ingin mencuba pada asalnya. Jika tidak dicuba, kita tidak akan tahu bagaimana ia memberi kesan pada sistem badan kita. Beliau membeli 1 botol (90 kapsul), dan berkongsi makan kapsul buah kulim itu bersama isteri beliau.

En. Wan, telah mencuba kerana ingin membuang toksin dari dalam badan mengikut petua lama. Kini beliau dapat rasakan, badan semakin cergas dan seakan-akan bertenaga seperti orang muda.

Setelah dua minggu, saya berjumpa dengan beliau dan sempat berbual mengenai kesan kapsul buah kulim itu. Saya amat gembira kerana kesannya sangat positive.

Minggu pertama, air kencing seakan keruh. Kencing dirasakan amat lawas. Darah seakan terasa mengalir keseluruh badan. Dan yang paling istimewa, badan dirasakan sangat bertenaga dan terasa kurang letih seperti sebelumnya.

Resdong yang dialami oleh isteri beliau juga telah mula berkurangan. Jika sebelum ini, muka dirasakan gatal dan sentiasa ingin digosok, kini tidak lagi begitu.

Syukur alhamdulillah.. sedikit sebanyak, kapsul buah kulim ini telah memberi khasiatnya kepada mereka.


Bermula dengan En. Wan, kini rakan-rakan beliau juga mula mencuba kapsul buah kulim ini. Kebanyakan dari mereka merasa badan menjadi ringan, badan bertenaga, kencing dirasakan sangat lawas dan kebas-kebas badan kini sudah tiada.

Ekoran itu, kini En. Wan telah mendaftar sebagai Agen Jualan. Beliau boleh ditemui di pasar-pasar malam (menjual buah-buahan) di sekitar Shah Alam.

Tuan/puan yang ingin mencuba Kapsul Buah Kulim ini, tuan/puan boleh menghubungi En. Wan melalui talian 019-318 4599. Ia sangat baik untuk membuang toksin dari badan secara semulajadi, membersihkan dan mencairkan darah dan membuang kolesterol.


InsyaAllah, melalui petua lama ini, anda mungkin akan mendapat kesihatan yang baik.


Sekian, terima kasih.
Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
013-6290666

Jam 1.11 am (25/3/2016)

































TERIMA KASIH