Sunday, January 18, 2015

Badan Menjadi Sangat Ringan, Kelesuan Tiada Lagi. Level Creatinie Menurun Menghampiri Paras Normal.

Assalamualaikum wbt.

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini rasanya. Amat sibuk di hujung December 2014. Semua parents sibuk untuk menyiapkan anak-anak yang akan meneruskan persekolahan di tahun 2015. Di tambah pula dengan musibah banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu. Sedikit sebanyak kita juga sibuk dalam operasi bantuan kemasyarakatan.




Testimoni # 1

Hari ini, Ahad 18.1.2015, ada sedikit ruang masa, saya ingin berkongsi satu testimoni ringan yang datangnya dari Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Berusia 54 tahun, mengalami tahap kelesuan badan yang agak tinggi. Badan dirasakan lemah setiap hari. Jika tersalah pilih makanan, beliau akan merasa badan terlalu berat dan lemah. Beliau juga pengidap kencing manis (10 hingga 12).

Hj. Nasir, Sec. 11, Shah Alam, Selangor meneruskan
dengan botol ke 2. Semoga kesihatan beliau bertambah baik.

Beliau mula menggunakan kapsul buah kulim ini sebagai supplement pada 20 Dec 2014. 

Hari pertama beliau mengambil 1 kapsul sebelah pagi dan 2 kapsul pada sebelah malam. Hari ke 2 dan seterusnya, beliau terus menggunakan dos 2 biji kapsul pada sebelah pagi dan 2 kapsul lagi pada sebelah malam. Di makan 30 minit selepas mengambil makanan (sarapan dan makan malam).

Pada 24.12.2014 (iaitu 4 hari selepas guna), jam 12.00 tgh hari, saya menguhubungi beliau melalui call. Beliau ada mengatakan badan terasa sengal sengal sedikit. Mungkin ini adalah tindakbalas badan terhadap kapsul buah kulim itu.

Perbualan kami diteruskan dengan menggunakan wassap.. saya kongsikan di bawah ini.

Screenshot 1/4 and 2/4
Screenshot 3/4 and 4/4

Buat pertama kalinya, beliau mengambil kapsul ini pada 20.12.2014. Setelah hampir 1 bulan, beliau mengambil satu botol lagi (botol kedua) untuk beliau teruskan amalan memakan kapsul buah kulim ini.

Saya berjumpa beliau pada 12 Jan 2015 (jam 11.10 am) di Restoran Alis Corner, Seksyen 20, Shah Alam. Dalam perjumpaan itu, saya banyak menerima feedback hasil dari memakan kapsul buah kulim ini.

Antaranya ialah:
1. Kencing manis turun kepada 4 (dari 10 - 12)
2. Penglihatan menjadi agak cerah jika dibandingkan dengan sebelumnya.
3. Keupayaan 'kelelakian' seakan bertambah.
4. Badan terasa ringan.
5. Tidak merasa letih dan kecergasan terasa bertambah.
6. Kencing dirasakan sangat lawas.
7. Bisa-bisa pada sendi badan terasa mula berkurangan.
8. Mendapat tidur yang lena dan puas.
9. Bangun pagi awal dan dirasakan sangat 'fresh'
10. 5 hari pertama, air kencing sangat kotor.
11. Sakit belikat dan bahu mula berkurangan.

Bagi saya, kapsul ini sangat serasi dengan badan beliau dimana beliau dapat faedah khasiat kapsul ini dengan cepat. Beliau amat berpuashati dengan produk ini dalam menangani masalah kesihatan yang beliau alami. Kini beliau meneruskan dengan botol ke-2.

Saya doakan agar kesihatan beliau bertambah baik dari masa ke semasa. InsyaAllah.




Testimoni # 2

Testimoni kedua hari ini datangnya dari Melaka. Ayah kepada Pn. Arni ini mengidap sakit kencing manis yang agak kronik. Bacaan juga tinggi. Hari ini, 18 Jan 2015, saya sengaja bertanya kepada beliau tentang stock kapsul buah kulim, samada masih ada atu sudah habis. Sambil itu, saya juga bertanya tentang keberkesanannya kepada pengguna, iaitu ayah beliau sendiri.

Ini ulasan beliau secara ringkas:

Syukur Alhamdulillah, kapsul buah kulim telah memberi kesan
positive pada ayah beliau.
Saya doakan agar ayah beliau segera sembuh. Aminnn...



Testimoni # 3

LEVEL CREATININE 170 umol/L TURUN KE 136 umol/L.

Testimoni ke 3 pada hari ini datangnya dari Plentong, Johor. Orang yang dimaksudkan ialah En. Zanil.

Beliau mempunyai sakit buah pinggang dimana level bacaan creatinine nya adalah 170 umol/L. Beliau seorang yang tabah dan amat sabar dalam menangani masalah kesihatan buah pinggang yang dialami sekian lama.

Kesan dari sakit buah pinggang ini, beliau mengalamai sakit-sakit sendi dan bisa-bisa badan. Pada mulanya, beliau memakan kapsul buah kulim ini, hanya untuk menghilangkan rasa sakit dan bisa badan tersebut. Ternyata, seawal seminggu sahaja dari hari pertama beliau memakan kapsul ini, rasa bisa dan sakit badan telah mula menurun.

Jika kapsul ini tidak dimakan, beliau akan terasa sakitnya. Beliau dapat merasakan, khasiat dari kapsul buah kulim ini telah berjaya membantu beliau dalam meredakan bisa dan sakit-sakit badan yang beliau alami ini. Dengan itu, beliau membuat keputusan untuk meneruskan sahaja memakan kapsul ini sebagai supplement tambahan.

Pada hari ini, 18 Jan 2015, saya sengaja bertanyakan tentang kesihatan beliau setelah hampir 6 bulan mengamalkan memakan kapsul buah kulim ini.

Saya kongsikan dengan anda:

1. Level creatinine  menurun.
2. Sakit dan bisa badan telah kurang.

Apakah 'creatinine' itu?

Creatinine adalah produk sisa daripada sel-sel otot di badan kita. Buah pinggang yang sihat boleh mengeluarkan creatinine daripada darah dan menyingkirannya melalui air kencing. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik,creatinine akan tersimpan dalam darah.
Creatinine digunakan untuk mengira GFR (glomerular filtration rate). GFR adalah penilaian fungsi buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika GFR adalah terlalu rendah, ia mungkin bermakna buah pinggang tidak mampu membuang sisa dan cecair berlebihan daripada darah.
Level creatinine yang sihat adalah 100 umol/L
            Rujukan:
            http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/hipertensi-dan-penyakit-buah-pinggang

Harapan En. Zanil adalah paras creatinine nya akan turun lagi ke bacaan 120 umol/L. Ya, saya berdoa agar beliau berjaya mencapai target itu.



Testimoni # 4

Hari minggu ini saya dapat luangkan masa sedikit untuk bertanyakan khabar para pengguna dan juga para pengedar. Pengedar kapsul buah kulim yang berada di Hulu Terengganu, En. Ali menyatakan beliau menerima tempahan dari orang yang sama sahaja.

Saya menyimpulkan bahawa, kapsul ini telah memberi sedikit sebanyak kesan positive pada pengguna yang telah mencuba buat pertama kalinya. Oleh sebab itu, pengguna tersebut meneruskan dengan botol yang ke-2 dan seterusnya.

Terbukti benar kapsul ini telah memberi kesan yang baik pada pengguna. Kini kapsul ini mula diyakini ramai. Walau bagaimana pun, tidak dinafikan, ia juga tidak memberi kesan yang baik pada sesetengah pengguna. Ia bergantung juga pada amalan pemakannya berdisiplin nya dan keserasian pengguna.

Kita hanya berikhtiar dan mencuba. Selebihnya, kita berdoa dan berserah kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik.

18 Jan 2015, wassap dari Pengedar En. Ali di Hulu Terengganu.


Baiklah, saya berhenti di sini. Setakat ini saja maklumat yang saya ingin kongsikan pada kali ini. Banyak lagi testimoni yang ada pada saya. Jika ada kesempatan dan masa, saya akan kongsikan lagi.


KEAJAIBAN BUAH KULIM

BUAH KULIM NI MEMANG JARANG DITEMUI. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI BAWANG HUTAN. DAHALU IA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN MASAKAN KERANA IA BERBAU SEPERTI BAWANG PUTIH. BUAH KULIM DIKATAKAN MEMPUNYAI BANYAK KHASIAT, ANTARANYA IALAH:
.
1. Membantu BUAH PINGGANG mencuci dan menapis darah dengan lebih berkesan. Ia juga dikatakan mampu membuang TOKSIN yang telah bercampur di dalam darah.

2. Mampu menurunkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit KENCING MANIS.

3. Sesuai untuk pesakit DARAH TINGGI.

4. Mampu menghilangkan penyakit RESDONGdan seterusnya membaikpulih wajah.

5. Mampu melawan penyakit BUASIR

6. Menghilangkan KELESUAN setelah letih berkerja. Anda akan dapati badan menjadi ringan dan cergas.

7. Menghilangkan BISA dan SENGAL-SENGAL BADAN.


Secara kasarnya, ia berupaya untuk mengawal penyakit yang dinyatakan diatas. Namun, hasil dari perkongsian cerita dengan pengguna, pelbagai sakit sampingan berjaya diatasi dengan amalan memakan kaspul buah kulim ini. Dan, saya kongsikan dalam bentuk testimoni pengguna.

Nukilan, Nasir Yusof, Shah Alam, Selangor.
Tarikh: 18 Jan 2015 (Jam 9.00 malam)
H/P: 013-6290666